Mengapa kita memerlukan kalsium? |
 |
Kalsium adalah nutrien penting terhadap kita, ia memainkan peranan besar untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Kalsium juga membantu pengecutan otot, mengekalkan pH darah yang seimbang, konduksi pembekuan darah yang normal, sistem saraf dan mengawal replicas de relojes tekanan darah. Apabila pengambilan kalsium yang tidak mencukupi atau kehilangan kalsium berlaku, badan kita akan menyerap kalsium daripada tulang untuk menstabilkan tahap kalsium dalam darah.
Osteoporosis berlaku apabila kepadatan tulang menjadi lebih longgar dan lemah. Tulang patah atau termampat mudah berlaku apabila pesakit Osteoporosis mengalami kecederaan ringgan. Apabila menjelang tua, tulang belakang mereka sering mudah rapuh, runtuh dan menjadi lentur.
|
 |
Kehilangan kalsium akan dipercepatkan selepas umur 30 tahun, amalkanlah pengambilan kalsium dengan secepat mungkin |
Keupayaan badan kita menyerap kalsium berkurangan dengan peningkatan usia. Maka, selepas umur 30 tahu, kita akan mengalami masalah kehilangan tulang. Ini adalah kerana berlakunya ketidakseimbangan di antara kecepatan penghancuran tulang dan pembentukan tulang yang baru. Bagi wanita, risiko menghadapi masalah osteoporosis adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki kerana penurunan estrogen selepas menopaus akan mempercepatkan proses penghancuran tulang. Oleh itu, semakin tinggi jisim tulang seorang pada masa muda, semakin banyak jisim tulang yang boleh digunakan pada masa tua. Jadi, kita perlu mengamalkan tabiat pengambilan kalsium yang mencukupi sejak kecil lagi.
|
 |
Fakta Tentang Osteoporosis! |
|
-
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), osteoporosis adalah penyakit kedua terbesar selepas penyakit kardiovaskular!
-
Terdapat kira-kira 100 juta orang mengalami osteoporosis di Malaysia, di mana 80% daripadanya adalah perempuan.
-
Terdapat satu daripada 3 orang wanita atau satu daripada 5 orang lelaki yang berusia lebih daripada 50 tahun akan menghidapi Osteoporosis.
-
International Osteoporosis Foundation (IOF) menegaskan bahawa laporan terbaru menunjukkan bahawa menjelang tahun 2050, lebih daripada separuh kes osteoporosis sedunia akan berlaku di Asia. Padahal, kos rawatan akan mencecah US131.5 billion.
-
Terdapat kira-kira 20% daripada pesakit tua, mati dalam masa satu tahun akibat patah tulang.
|
|
|